Kata Kerja

Selasa, 2 Oktober 2012

Kesalahan dan Pembetulan Penggunaan Kata Ganda


  PMR

> Bahasa Melayu Bahan Arkib 2002

Tatabahasa : Kata Ganda

1.
Terdapat beberapa kesalahan yang biasa dilakukan dalam penggunaan kata adjektif.
2.
Sila perhatikan contoh-contoh yang diberikan di bawah ini.

Kesalahan dan Pembetulan Penggunaan Kata Ganda

1.     
       
              
(a)
(b)
        
Semua murid-murid sedang berhimpun di padang.(salah)Semua murid sedang berhimpun di padang. (betul)
Penjelasan :  Jika kata bilangan seperti semua, beberapa, banyak, dan sebagainya digunakan, kata selepasnya tidak perlu digandakan kerana kata bilangan tersebut sudah membawa maksud jamak.
 
2.
(a)(b)
Anak-anak Mak Yam sudah besar-besar belaka. (salah)
Anak
Mak Yam sudah besar-besar belaka.  (betul
Penjelasan :  Oleh sebab kata ganda seluruh yang terdiri daripada kelas kata adjektif sudah membawa maksud jamak, kata nama yang diterangkan oleh kata adjektif itu tidak perlu digandakan.
 
3.
(a)(b)
Taman itu dipenuhi pepohon-pepohon rendang. (salah)
Taman itu dipenuhi pepohon rendang. (betul)
 
Penjelasan :  Kata ganda separa yang membawa maksud jamak seperti pepohon dan dedaun tidak boleh digandakan
4.
(a)

(b)
Asmadi memanggil-manggil nama adiknya berkali-kali. (salah)Asmadi memanggil-manggil nama adiknya. (betul) 
 
Penjelasan : Kata ganda berimbuhan memanggil-manggil sudah membawa maksud berulang-ulang. Oleh itu, kata berkali-kali tidak perlu lagi digunakan.
 
5.
(a)(b)
Berbagai projek akan dilaksanakan di kawasan itu. (salah)Berbagai-bagai projek akan dilaksanakan di kawasan itu. (salah)
 
Penjelasan : Kata ganda berimbuhan yang menyatakan makna bilangan tidak tentu tidak boleh disingkatkan.
 
6.
(a)

(b)
Sebagai jiran tetangga, kita perlulah saling tolong-menolong. (salah)Sebagai jiran tetangga, kita perlulah tolong-menolong. (betul)
 
Penjelasan : Kata ganda berimbuhan tolong-menolong sudah membawa maksud ‘saling’. Oleh yang demikian kata saling  tidak diperlukan lagi dalam ayat tersebut.
7.
(a)
(b)
Jalan itu sangat licin-licau apabila dibasahi hujan. (salah)Jalan licin-licau apabila dibasahi hujan. (betul)
Penjelasan : Kata ganda bersajak licin-licau sudah membawa maksud ‘sangat’. Oleh itu, kata penguat seperti sangat atau sungguh tidak diperlukan lagi dalam ayat tersebut.

8 ulasan: